My blog has moved!

You should be automatically redirected in 6 seconds. If not, visit
http://nadot.my
and update your bookmarks.

Pages

Wednesday 29 September 2010

'Sorry' seems to be the hardest words? Ways to make it easier..

 Kita selalu didedahkan dengan cerita2 on the responsibilities of children toward their parents. & kalau anak2 tak menjalankan tanggungjawab ini, akan dikategorikan sebagai anak derhaka. Tapi, sangat jarang kita ditekankan dengan cerita tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak dan bila tak dijalankan tanggungjawab2 ni, mungkin boleh menyumbang kepada 'kederhakaan' anak2.

Tapi apapun, pada pendapat aku yang masih belum ada anak (hohoho), satu benda yang penting untuk diajar (harap aku tak terlupa bila dh ada anak nnt..amiinn), adalah ajar anak untuk MINTA MAAF. Ajar tu pulak, dengan cara yang betul la..bukan suruh anak minta maaf tanpa tunjukkan contoh terlebey dulu.. Mane anak tau buat..huhuhu

 So, below is an article taken from Harian Metro tentang cara2 mendidik anak mintak maaf. TQ HM.

Ibu bapa perlu tunjuk contoh terlebih dahulu
"MAMA, kakak minta maaf kerana tertumpahkan susu."
  • PUJUK...pujukan dengan meminta anak melafazkan kata maaf adalah latihan paling berkesan
"Mama, adik minta maaf kerana bergaduh dengan abang."

Alangkah bahagianya hati seorang ibu apabila mendengar dua ungkapan maaf di atas. Tambah pula apabila dilafazkan kanak-kanak seawal usia tiga tahun.

Melafazkan maaf atas kesalahan dilakukan memanglah sukar apatah lagi bagi kanak-kanak. Ini kerana mereka tidak tahu apa yang dilakukan itu satu kesalahan.

Sebenarnya mengakui kesalahan dan meminta maaf adalah perbuatan mulia sama ada di sisi Allah mahupun manusia.

Sifat meminta maaf dapat diterap kepada kanak-kanak apabila ibu bapa melatih mereka mengakui kesalahan sejak kecil. Antara panduan yang boleh dilakukan ibu bapa ialah:

* Memberikan contoh secara langsung.

Ibu bapa harus memberikan contoh terbaik kepada anak-anak bagaimana perkataan maaf boleh digunakan.

Misalnya, ibu secara tidak sengaja menumpahkan susu anak. Katakan pada anak, "Maaf ya sayang, mama tidak sengaja menumpahkan susu."

Begitu juga dengan kesalahan lain yang dilakukan. Dengan demikian diharapkan anak terbiasa melihat ibu bapa atau orang paling hampir dengannya mengucapkan kata maaf selepas melakukan kesalahan.

* Tunjukkan penyesalan menerusi bahasa tubuh.

Lakukan bahasa tubuh menerusi mata ketika mengucapkan kata maaf. Ini bagi menunjukkan tanda penyesalan anda sehingga anda boleh merasakan penyesalan itu.

Menggenggam tangan anak, memeluk erat atau mencium juga boleh dijadikan contoh ketika memohon maaf.

Namun katakan padanya, pelukan dan ciuman penyesalan hanya boleh diberikan kepada ibu bapa, kakak atau adik saja bukan rakan berlainan jantina. Untuk meminta maaf daripada rakan, cukup sekadar bersalaman saja.

Bahasa tubuh juga sangat berkesan bagi bayi yang belum lancar bercakap.

* Dorongan supaya bertanggungjawab.

Selain mengucapkan maaf, minta anak anda bertanggungjawab atas kesalahan dilakukannya.

Umpamanya, jika dia menyenggol rakannya sehingga terjatuh, minta dia melafazkan maaf kepada rakannya itu.

Jika kawannya terluka, minta si kecil memberikan tisu atau ubat luka. Ini sebagai sebahagian pembelajaran mengenai tanggungjawab atas kesalahan dilakukan mereka.

* Berikan pujian.

Setelah anak mengucapkan kata maaf, berikan pujian seperti, "Wah bijaknya anak mama, hebatnya kakak kerana sudah pandai meminta maaf."

Ini sekali gus sebagai menguatkan agar apa yang dilakukan anak anda adalah perkara baik dan harus dilakukan berulang-ulang.

* Jangan marah.

Paling penting, jangan marah apabila kali pertama anak melakukan kesalahan. Sebaiknya terangkan dengan penuh berhemah supaya dia tahu apa yang dilakukan itu adalah salah.

Kemudian, barulah minta supaya anak meminta maaf atas kesalahan dilakukan.

* Mulakan sekarang.

Mulakan budaya meminta maaf di dalam keluarga walau apa jua kesalahan dilakukan sama ada besar atau kecil.

Misalnya, adik meminta maaf kepada kakak, abang meminta maaf kepada adik atau kakak meminta kepada ibu. Apabila maafanak-anak sudah terbiasa meminta maaf, mereka akan melakukannya kepada orang lain.

Muzikal Tun Mahathir.. short review (personal opinion)

Last Sunday, tetibe teringat nak tgk teater ni, so went online in ticket2u.biz to look for the tickets and sgtlah terkejut  almost sold out setiap hari.those left pun just untuk tempat duduk paling atas n paling murah but of course la taknak coz paling jauh. So, from the 8 days left, yesterday (Tuesday) adala 2 seats available dekat grand circle bahagian kiri tapi hujung sekali near the middle (bkn ke dinding), so, ok je la then aku pun belila on9..

Then keluar paper esoknye announcing that the musical will be extended for a week more until the 9th of Oct. dem gile!..kalau tak dpt duduk bawah, so boleh tilik jerawat plakon2 tu sorg2..haiishh..

Anyway, semalam after masak, makan n Maghrib, dude and i pecut to IB. Collected our ticket, bought some sweets at the cafe, entered the hall, waited for like 10 minutes before the show began.

Overall, the show was interesting especially the first half from the day he was born until he married Dr. Hasmah. After that agak berat sket la, tp ok la kan coz ini bukan comedy..So, kalau nak tengok n tau sejarah Tun Mahathir without having to read his biography, then ok, sila tengok..

However, agak kesal kerana terlampau banyak video yg dimainkan. Ye la, nak cerita dari Tun lahir sampai he retired dr PM, so of course la sgt banyak, and x cukup mase utk dilakonkan. So, letak je la video.
Then, bagi aku la, pengarah or sape2 la, confuse untuk ambik masa bila dlm hidup Tun untuk dilakonkan instead of divideokan. Sebab rasanya, banyak lagi cerita2 yg lebey interesting yg boleh dilakonkan. Kadang2 scene yg ada sangat la pendek dan memenatkan org2 yg tukang tolak prop ke atas n keluar pentas..hoho..

Dan disebabkan sangat byk video, nampak mcm terlalu rigid dan terlalu nampak seperti dokumentari instead of acting. Tapi kalau mmg niat dia adalah untuk buat spt dokumentari, ok la kot (sori, tatau niat sbnr..hehe)..

Papepun, the songs agak menarik and i love the 2nd last song kot masa Tun nak retire ke b4 tu..konpius sudah...tp agak best la lagu tu....

So again, it was worth watching about one of the greatest men in Malaysia. And as some said, it is better they do this while he's still alive to show our gratefulness for everything he did to our countries instead of buat sume bende ni when he's already gone spt byk2 tokoh sebelum ni.

Just my 4 cents. later! ;)

Tuesday 28 September 2010

Nape saye bertukar blog?

Why did I moved my blog from wordpress to blogger?..

It started when i was still using friendster blog and thought of moving to a 'serious' blog which serves mainly as a blog (unlike friendster yg more to networking/carik kawan punye site).. 

So, the main criteria i was looking for, i should be able to export all my posts from the friendster blog into the new one, and unfortunately, blogger couldn't do it at the time, so i chose wordpress instead.
The thing is with the free wordpress, we couldn't install any plugins like shoutbox etc and we're stucked with the only 80-100 themes. Agak limited lah. But because of the limitation, it's kinda easy to use and looks more organize and structured.

Then, jalan2 in the net, googling, found out that blogspot dah boleh import posts from other blogs using an external apps. So, sebab bosan semlm, i decided to moved my blog there n then. So here it is, my new blog with all my old entries since i started blogging in 2005.

The reason why i wanted to keep all the posts since 2005 is because i'm a 'memories-clinger'.hohoho. I rarely let go of things. Some people, would just delete all the post that they find stupid or embarrassing, but i like to read them back and laugh and remind myself that at a certain point i can be an embarrassment to myself and do stupid things and try hard not to do it again. I also love to see how far i've go for e.g by comparing my first post in 2005 when i planned to do my master and 3 years later in 2008, i already have a master (like a 2005-dream came true! hehe) 

 Anyway, welcome to my new blog. Nothing will change except the address...and my mood..hehe.. nak wat keje..

Later peeps!! ;)

Monday 27 September 2010

Raya 2010

Almost everyday I thought of updating this blog, but the power of laziness is not that easy to defeat. I am still not in the mood to write, but to not let this blog being idle for too long, i will try to write sepatah dua kata..hohoho
 
First time raya dengan status ‘berkahwin’ adalah not too bad at all. In fact, i almost like it too much..hehe. As usual, we fought a lot (dude caused the fight (of course), though  i was the one who did all the screaming, and dude just sit in front of me like a mannequin), so sesi bermaafan pun started dari bulan pose lagi (x dan tggu raye..hoho).. he helped me baked the three types of cookies i made myself, we shopped at jln TAR until 2 am with my brother and sisters few days before raya, we bought a set of sofa and a bed because the sofa and the bed were broken (sile jgn salahkan saya…sofa & katil b4 tu tak berkualiti, tu cpt patah..haiishh..hoho).. he treated me at cititel mid valley for buka puasa during my birthday, then, we fought again and again and again.. haiishh.. love u AWK!.. =)

Nway, a little sad though for not being able to celebrate the first raya with my family. but being with dude and my in law family made my 1st raya in Johor interesting and enjoyable, though i missed N9 rendang very much (rendang johor tak pedas…hehehe, tp sedap gak..btul btul, bkn utk amik hati..hehe)…

2nd day raya around 9am dah bertolak ke bangi beraya dengan sdare mare lak kat umah wan alang dll..
ok..mood dah takde balik..sile wat keje plak ye Nadot…
Later! ;)