My blog has moved!

You should be automatically redirected in 6 seconds. If not, visit
http://nadot.my
and update your bookmarks.

Pages

Thursday 31 May 2012

Benci Pasar Malam

As usual, on Tuesday & Friday, Putrajaya ada pasar malam. So, Selasa baru ni, kami anak beranak pergi la ke pasar malam setelah sekian lama x pergi.

Kesimpulan: 

Benci Pasar Malam!!

Sebab:

Beli gile vavi banyak mcm x makan sebulan n habiskan kebanyakannye dalam satu malam seperti 5 bulan tak nampak makanan.

Nak ambik gambar hasil shopping di pasar malam, tp sangat malu nak tangkap gambar (padahal x sempat sbb dah habis makan semua sampai kenyang baru teringat nak ambik gambar..hoho).

Ingat nak try diet sket2, tp ade pasar mlm je hancur semua plan. Esok ada lagi pasar malam. Kuatkah aku melawan godaannya?

Arghh!!.. Benci pasar malam!!!

Later! (^_^)

Friday 25 May 2012

SMS yang penuh kedengkian

Last weekend, aku dapat SMS yg penuh dengan kedengkian dan kejelesan. SMSnya berbunyi,

"Nadot, smlm aku mimpi ko.... Ko dah kurus gile, turun dlm 20kg kot, jd muke ko sebijik mcm gambar ko masa Form 1 kat air terjun tu. Hehe. Pastu ko wat aku stress..."

Aku tak sure, siapa yg patut lebey stress. Pemimpi atau aku yg dimimpikan turun berat, tp realitinye bertambah berat dgn makin hebat? hahahah.

PengSMS adalah Dr Emmy Zuleikha (Juju), kawan aku yang menyambut baby aku (dia bertugas bhgn Paed mase aku bersalin tu) dari Dr Roslan (O&G aku).

Auntie Juju & Nawfal
Bila aku jawab yang mimpi dia hanya mainan tido, dan aku tak bertambah kurus walau seinchi, dia membalas SMS lg,

"Hahaha, fuih, nasib tak jadi betul2, tak pasal-pasal ko dengar ada orang pegi buat lipo nanti. haha"

Mmg seorang kawan yang tak supportive betul. haha.

p/s: Emmy, belanja aku bila balik KL nnt! ;p

Later peeps!

Wednesday 23 May 2012

Nasi Pakapau

Nasi Pakapau. Antara nasi yang aku sangat rindu lepas tak makan lebeh dari 5 tahun. Selagi belum boring, menjadi antara nasi kegilaan students UM - dan UIA PJ kot. Masa jalan2 cari makan otw balik dr putrajaya Ahad lps, teringat plak tibe2 pd Nasi Pakapau yg dah lama x makan, terus ajak Dude singgah tapau bawak balik rumah.


Set wajib dalam untuk nasi pakapau adalah daging/ayam hancur, nasi putih, telur mata, sambal belacan dan ulam-ulaman. Yang specialnye adalah daging hancur tu yang dimasak letak ape tah yg menjadikan rasa dia unik & sedap. Sup dia pun aku sangat suka. Rasa lain dari biasa.

Close-up gambar daging cincang.
Terletak di lorong antara Rumah Antarabangsa UM Seksyen 17 (dulu kolek kediaman seksyen 17) dengan rumah flat. Dekat Pasar Malam Seksyen 17 tu je. So, untuk yang belum pernah merasa, boleh la try pegi sana. Harga utk satu set dgn mcm2 benda ni ialah RM5. rasanye 6 tahun lps, kurang drpd RM5. huhuhu..

Enjoy!

Tuesday 22 May 2012

11 months!

22nd May 2012 - My baby is now 11 months old. Masa bergerak lebey laju dari kelajuan cahaya. Nawfal dah besar. Lagi 7 tahun dah boleh sunat (terfast foward plak..hehe).



Ingat nak walking down the memory lane mengungkit balik apa2 yg terjadi dari Nawfal dalam perut. But decided to save it for his 1st birthday special entry.

Anyway, just few updates on what he's capable of doing now:
Gigit daddy, neng sampai luka2 with his 6 teeth; mommy tak kena coz lemak n daging mommy pejal/padat. He did try, of course, tp jgn harap boleh dapat. haha. Naik tangga, turun tangga. Ambik barang dr mana2, bukak laci n simpan barang tu dlm laci. Berdiri tak pegang for few seconds. Gelak terbahak-bahak. Merajuk sampai sujud-sujud menangis kalau x puas hati/x dpt ape dia nak (semoge dia rajin solat & sujud syukur..hoho). Tepuk tangan. High 5. Letak telefon di telinga & bebel2 sorang. Suka ikut apa abang Adam buat dan sangat banyak lagi. tp ngantuk dah.

Hope he knows how much mommy & daddy love him from the day he was in mommy's tummy until our last breath. 

Later!

Monday 21 May 2012

Minced beef Aglio Olio

Bila Nadot memasak (phewwwiittt)


Umum mengetahui, aku adalah orang paling malas dalam dunia. Tapi kadang2 bila terpaksa, perlu juga melawan rasa malas, untuk keterushidupan. heheh.

Sejak balik dr belajar thn 2008, rasanye tak sampai 50 kali aku memasak. Masa kat sana, sbb terpaksa masak, rasa hebat gile. Bile balik, pegang sudip pun mcm janggal (Hoveeerr sangaatt kaannn..!)..

Last Friday, kami anak beranak balik ke kuarters kami di Putrajaya - tidur untuk 2 malam selepas 11 bulan x penah tido situ - after gave birth (sbb x jumpa org nak jaga Nawfal). Pagi Sabtu, we had our breakfast at Mau's new house with the rest of 'sehengus' (Mau, Yah, Amal, Shidah & Pnut).

Ahad plak, xde sape ajak datang rumah (hahaha). Nak keluar pun malas. Maka aku masak la benda yg sgt simple tp aku suke, Spaghetti AGLIO OLIO.

Biasa orang masak Aglio Olio, letak seafood. Tapi aku kalau masak seafood mcm jarang menjadi, so aku ske letak daging. Nak tahu resepi malas aku, sila la tgk di bawah. =)


Bahan-bahannya ialah (^_^):

Olive oil (secukup rasa)
Bawang putih dicincang halus (kalau guna satu paket spaghetti yg 500g tu, aku letak satu labu terus)
Spaghetti of course
Mixed Herb (secukup rasa)
Black Pepper (secukup rasa)
1 Kiub Pati Ayam (ni ambik gmbr je sbb br prasan dah expiry date 2011 lagi - tp x letak pun no hal)
Cendawan (aku suka white button mushroom - yg fresh, bkn dlm tin; tp oyster mushroom pun sdp. saje tkr2)
Broccoli (sesikit yg mungkin - sbb aku x ske sayur. hahaha)
Daging cincang (biasa aku letak gak beef bacon ke, hotdog ke, or daging ketul yg aku hiris2 kecik2 ke.. ikut suke)
Cili padi dihiris-hiris (Secukup rasa)


Seperti yg puan2 (ehem) boleh baca, no exact measure/amount of the ingredients can be provided. Semua secukup rasa je..tak cukup tambah.. terlebey, masak balik semula. hohoho.

Cara memasak:

Panaskan kuali dengan olive oil (letak butter/marjerin dulu pun boleh utk tambah lemak di badan bau). Masukkan bawang putih, Jgn sampai kuning/hangus, x cantik nnt.. Sambil2 tu, aku letak gak mixed herb, black pepper n garam. Saje nak bg ade rase bile masukkan daging nnt. Lps tu, aku masuk daging, gaul2, agak2 masak, letak cendawan n broccoli. Aku campur lg garam, mixed herb dgn black pepper (ye, tau, redundant. Ada aku kesah? ;p). Nampak mcm kering, tambah la lg olive oil. Bila rasa sume dah ok, masukkan la spaghetti. Siap!! =)

Dah letak dlm pinggan, tabur la cili padi yg dah dihiris tu. Selalunye aku campur awal2 cili padi, tp sbb nak bg Nawfal mkn skali, so tambah kemudian.

Minced Beef Aglio Olio

Macam biasa la, apa2 yg aku masak, portion untuk aku 3/4, utk Dude 1/4 je. Tu aku benci masak, sebab aku yg makan banyak pastuh. Menciikk! (selalu tukang masak cpt kenyang lps asyik dok rase2 mase masak; aku sgt opposite.huhuh).

Later! =)

Wednesday 16 May 2012

Accident. hehe.

Do not fret. This happened a couple of months ago. 27th March to be exact - on my mak's birthday.
It's been so long since the last time I involved in an accident which was totally my fault - like more than a decade ago (few days after I received my P license - konpiden punye pasal la mase ni..hehe). Even then, no insurance or tow truck involved.

So, setelah lama x eksiden dan bersalah, bila kene kali ni, rase takut gile. Bkn takut polis ke apa. Takut sbb dah lame x eksiden. Ni jadi kat LDP. N kali ni yg agak teruk sampai kene panggil tow truck. Dan yg paling teruk, melibatkan 3 kereta. Dan aku paling belakang sekali. hohoho. Dpt bygkan ape jd? heheh.

Maksudnye, I hit the car in front of me, then maybe due to shock so x sempat break, the car I hit, hit another car in front of it. THREE TIMES beb! (polis yg amek cerita aku bg tau aku - org paling dpn tu cerita kat dia.. hoho)

Seriously this time it was totally my fault. beg jatuh ke lantai, then aku tengok ke arah beg, then langgar. huhuhu. Luckily jalan tengah banyak kereta, so semua orang bawak agak perlahan. Aku terlampau dekat dgn org dpn agaknye, then mase dia break aku x pasan. huhuhu

Yg kesiannye kereta depan aku la sbb kene depan belakang. Naseb baik dia baik, then husband dia dtg later pun baik siap tlg tgk2 kan kereta aku takut radiator pecah ke ape.

Kereta Chinese baik yg aku langgar.

Kereta aku yang melanggar orang. huhuhu

Sangat bersalah aku time ni. Dan at the same time sangat takut. Call Honda, diorang menenangkan aku. Tp benci sbb tow truck aku plg lmbat smpi, stuck in jam katenye. Time tu lg takut, org lain dah blah, tow truck kete hijau dah sampai, aku dok sorg2 for another 20 minutes hampir maghrib tu. Dude yg smpi dulu, baru tow truck smpi.

Dude sampai2, tengok aku slamat, dah sengih2 dah. Dari dlm kete otw from ofis dia dah berangan, boleh la up kan sket nilai claim insuran untuk pasang body kit ke apa. Tp bila tanye mekanik, dia kate Honda strict, tak leh wat mcm tu. hahahaha. Mesti dari dia hepi aku eksiden, terus bengang aku eksiden..hohoho

Ok, nak kene gi toilet lagi, Later!! =)

Tuesday 15 May 2012

Alang Dah Kawen

on the 11th of may, alang, adik bawah aku selamat diijabkabulkan dengan Midi, chenta hati dia sejak kenal kat Hospital Selayang. hohoho...

Alhamdulillah majlis berjalan dgn lancar nye. Semoga perkahwinan diorang kekal bahagia sampai ke syurga!


Our Small family

Selamat pengantin lama! =)

Lauk di resepsi belah kami - ni pinggan Yah!..

Majlis resepsi pihak lelaki
Gambar majlis resepsi belah kitorang x sempat ambik gmbr...penat..chewah!

Disebabkan aku terpaksa ke toilet, maka x dpt tulis banyak. Nnt eh.. Later! =)

Thursday 10 May 2012

Students yang khusyuk; student yang gembira

Khusyuk tak dorang?

My 90++ students (spatutnye la; tp cam bese ar, mesti ade yg ponteng..adoi ai)
 Dorang ni tengah buat latihan berbentuk crossword puzzle. Esoknya dorang ada test, so aku bg lecture kejap habiskan topik, then santaikan diorang dgn crossword puzzle ni. Sapa paling cepat jawab dgn jawapan yang betul, akan dpt cenderahati (hoho) dari aku.

The winner - Izzah Nadhirah (malu bile nak kene tangkap gambar..hohoho)
Cenderahati kali ni, aku bg toblerone. So yang bertuah adalah minah di atas ni, Izzah. Dia orang ketiga yg hantar jawapan. Tp orang pertama n kedua ada salah spelling sket. So wpun Izzah yg ketiga hantar, tp jawapan perfect, dia la yg dpt toblerone ni.hehehe...

Later!


Wednesday 9 May 2012

Wordless Wednesday #3

My baby, My Nawfal, My anak Cino/Jopun/Korea, My life, My soul, My everything!

Sayaaaaang Nawfal!

Tuesday 8 May 2012

Book: Trump:The Best Real Estate Advice I Ever Received

To us newbies, besides reading books on techniques in purchasing properties for investment which bagi aku adalah teknikal n at times boleh peningkan kepala, boleh la rehat2 kan minda baca buku di bawah yg bertajuk spt yg tertera di dlm gambar. =)


As you can read from the cover, buku ni mengumpulkan nasihat2 dari 100 orang yg pakar dlm real estate. Even dah habis bace, once in a while, best je bukak balik buku ni utk maintainkan momentum kita. Semangat je baca advice dorg yg terer2 ni. Tapi, semangat je la lebey, execution nye takde (dah duit takde..hoho). Tp at least ade la semangat nye... better le kot dr takde pape... heheh..

Later!

Saturday 5 May 2012

Yess! Dapat lagi dua. Alhamdulillah...

Alhamdulillah sangat, eksperimen aku untuk apply dua loan serentak untuk 2 apt berlainan, berjaye jugak. Ramai je yg ok buat mcm ni. Tp aku x brape nak yakin dgn diri sndri. Ye la, gaji gomen je kan, bukan banyak mane, pastu, harga rumah lain-lain, kire kalau nak bg tau bank yang loan tu untuk rumah yg sama, mmg tak dpt la. Tu yg x brpe yakin boleh dpt both skaligus. Tapi Alhamdulillah, Allah tolong jugak (Banyak sangaaaaattt Allah tolong aku walaupun aku bukan hambaNya yg baik. Semoge aku dapat berubah menjadi lebey baik & lebey bersyukur). Dan Alhamdulillah gak, sebab mof aku leh dpt 70% je dr bank, utk both apts, aku dapat beli dgn harge more than 30% below market value. Siap dpt extra cash lg. Tp kene topap sket utk lawyer fees plus sedikit repair utk salah satu apt yg dh takde tingkap. hehe.

Aku dah apply loan satu apt dgn bank A. Then, satu apt yg aku nak b4 ni (tp tak dpt sbb dah ada org nak sign), available balik, agen dia kol kata org tu x layak beli (dr segi kewangan). So hari tu aku pegi tgk rumah, terus stuju, minta copy snp, esok terus pegi bank B apply walaupun tanpe letter of purchase. Lusenye baru ku emelkan letter of purchase tu pada bank.

Lps 2 hari hantar application ke Bank B, Bank A call cakap dah approve loan (kejap je, 5-6 hari je kot). Aku dah risau dah sket sbb kalau boleh nak la dua-dua. bila dah approve dlm ccris tulis T - dah approve tp lum accept. Next weeknye, aku gi la bank A nak sign LO, terserempak dgn officer Bank B (ye ar, bank sebelah2 je..hehe). Dia kate, nampak application loan Bank A dlm ccris, accept ke? aku kate insyaAllah nak accept (pdhal mmg pegi situ utk sign), masih ok x komitmen aku kalau aku accept. Banker kata, takde masalah rasenye, DSR lepas lg. Tgh hari tu dia akan bg tau. Lega sket aku dengar. Kirenye takde la aku tipu bank ke ape sbb mintak dua loan skali gus. Mmg tak leh tipu pun sbb diorang boleh nampak dlm rekod CCRIS kite. Dah kalau income kite boleh tanggung, n diorang nampak cara aku boleh bayar (aku bg 2 tenancy agreement yg aku ada - n org hq Bank A pun kol tanye nak buat sewe lg ke rumah tu), insyaAllah takde masalah je loan nak lepas. CCRIS pun, jangan lupe jage. Aku punye untuk semua komitmen yg aku ade, Alhamdulillah cantik, 0 je sume. nmbor 1 pun xde. walaupun slalu je trlmbt sehari 2 byr credit card, maybe bank pun hapdate lmbat, terlepas la aku...huhuhu

So, tgh hari tu, aku sms banker Bank B tanye dah dpt result lum, dia kate belum lagi. Aku dah makin risau. Sampai dah balik rumah ptg tu pun, blum dpt berite lg. Aku yg x sabar, padahalnye baru 4-5 hari hantar. hehe.. Tapi dekat2 pukul 7 pm tu, banker kol cakap lepas... Alhamdulillah...so sebab interest BLR-1.6 je, dia akan resubmit untuk dptkan better interest, which aku x kesah lmbat sket as long as loan approved. So 2 days lepas tu, dia inform, interest dpt trn jd BLR-2.1% (untuk loan bawak 100k, aku dah bersyukur dah dpt interest ni).

So, sekarang ni, masih dalam proses lawyer utk both apt. Aku harap n berdoa n minta didoakan, supaya takde la masalah dlm proses2 lain yg loyer uruskan dan semoge dipermudahkan segale urusan. InsyaAllah.... Amiiinnn...

Friday 4 May 2012

Seminar Hartanah Abang Ensem 21/4/12

21 April lepas, kami berenam (Aku, Dude, Yah, Abg Pica, Amal & Yoz) telah merajinkan diri join seminar AE. Mcm dah di mentioned in my previous post, aku teringin gile nak pegi seminar AE ni sbb nak dgr life experience dia wpun dah khatam sume post dlm blog AE since 2009 tu. Plus sebab ada sesi bersama loyer so bley la paham lebey sket psl proses loyer utk jual beli rumah ni.

So, kesimpulan yg dpt dibuat (terus kesimpulan tu..nampak sgt malas), AE yg life mmg lain dgn AE dlm blog. pemalu je nampak..ala2 kiut gitu..hohoho... Senyum pun mcm malu2 sgt... hehehe. Tp x sangke muke kiut2 ala2 pemalu tu dah ade byk rumah. So terpakse fokus dgn apa yg disampaikan instead of tenung muke AE lame2...hahaha..

Tapi yg sangat tak boleh blah, bile peserta2 lelaki nak tanye soalan, then panggil "Abang Ensem, saya nak tanye...". Rase mcm bile sebut or panggil 'abg ensem' dpn2 empunye badan, macam tak brpe nak sesuai je. siyes setiap kali org panggil gitu, aku nak tergelak... tatau nape..hahaha... so bila aku yg tanye soklan, aku panggil 'abang' je...lebey sesuai & manje gitu...hohohoho... 

Verdict: Bak kate sume orang, sebelum nak invest duit dlm ape2, baik invest dlm ilmu dulu. So, seminar ni sgt berbaloi untuk dipergikan.  Dah la fee sgt affordable (RM88), dapat breakfast lg. tp ade taugeh, so minus 5 marks. haha. file n pen pun dpt. name card AE pun ada. Penerangan both AE & lawyer sangat best untuk di dengar. Ade je bende baru yg kite ingat kite tau, tp tatau sbnrnye..hehe.. So, Sila daftarkan diri sendiri DI SINI. Dengarnye, 26 Mei ni, akan berlangsung seminar AE siri ke-9, so, cpt2 la daftar eh!

Nampak tak kegembiraan terpancar kat muke aku? Tu sbb join seminar AE ni la.. hahaha