My blog has moved!

You should be automatically redirected in 6 seconds. If not, visit
http://nadot.my
and update your bookmarks.

Pages

Showing posts with label healthy. Show all posts
Showing posts with label healthy. Show all posts

Thursday, 21 June 2012

Aku join TM Fan Run 2012. Biar betul?!?

Ahad lepas, 17 Jun 2012, adalah hari yg agak bersejarah untuk aku. Aku yang memang dikenali dengan sifat pemalas, berat punggung, morbidly obese, tak suke berjalan langsung, telah menyertai TM Fan Run 2012 untuk acara 3 km berjalan kaki.

'Nadot' dan 'Lari' memang macam langit dengan bumi. Memang takkan boleh co-exist bersama. Tapi atas dorongan kawan2 terchenta yang kaki lari, aku jadi bersemangat sket. Tengok pulak yg semua orang yg habis akan dapat medal & jersi TM, harusla aku yg agak materialistik ni nak join, so aku pun daftar la. Lepas dah daftar, menyesal. Hahahah.

Sebelum berlari
 Ada 2 kategori untuk TM Fan Run ni, 7km & 3km. 7km start lari dalam pukul 8-8.05 am. yang untuk 3km pulak dilepaskan pada 8.15am. Tengah2 lari/jalan berhampiran Padang Merbuk, hujan turun lebat yang teramat. Aku yakin boleh sampai lg awal sebenarnye, tapi sebab luar dan dalam basah lenjun, menjadikan aku lebey obese dari berat yg mmg obese ni, so lambat sket la sampai. Lg pun, jalan licin, pelan-pelan je aku jalan. Hahahaha...
 
Dapat emas wooo... ;p
 Dah sampai, ambik Goody bag, melepak-lepak cam whoring sambil breakfast pisang & karipap yg dapat dlm bag. Walaupun rupa fizikal aku sangat buruk dan menyakitkan mata memandang dlm keadaan basah lenjun, aku x kesah, asalkan kamera tak rosak mase snap gambar aku ;p


Tengok la kawan2 aku yg kurus-kurus cantik2 ni. (konfiden dot..konfiden.. ;p)

Bawah ni gambar geng kain pelekat yg kebetulan lalu masa kitorang melepak. Ikut hati gatal aku nak je ambik gmbar dengan dorang, tp sebab dari azali aku mmg pemalu dan bersopan santun ala2 perempuan melayu terkahir, Mamu & Fiqri je la masuk bergambar & aku minta amal snapkan. heheh
Geng Kain Pelekat
Kalau tanye aku sekarang, nak masuk lagi tak larian ni? Jujur aku jawab, tanak!..hahahah.. Tapi aku berharap di bagikan la aku kekuatan lagi fizikal dan mental untuk join lagi Run2 pd masa akan datang. Sonok sbnrnye. Tp sbb stamina mmg out, jd malas la. huhuhu..

Later! =)

Sunday, 10 June 2012

Jogging-jogging Ayam di Pagi Ahad


Kelmarin, baru aku post pasal keadaan aku yg morbidly obese. Hari ni, terus aku insaf dengan pergi jogging di pagi hari. Hahaha…

Malam tadi, makan lagi di Haji Sharin’s Low dengan banyaknye. Sampai rumah terus tido. So, pagi ni bile bangun2 pagi, Dude ajak pegi jog. Aku mulanya agak berat hati jugak, siyes mmg nak tido je td. Tapi memikirkan yg Dude akan pegi kursus DPA yg 6 bulan tu bermula esok, yang bermaksud masa kami untuk berdua-duaan dah hampir kurang dari 24 jam, aku kuatkan semangat melawan hasutan syaitannirrojim untuk berjogging2 ayam bersama Dude terchenta! Tahniah untuk diri aku sendiri (pat myself at the back…. (^_^)
Berbekalkan pedometer Omron ku yang telah dibeli sejak 3/4 tahun lalu di UK ketika aku nak balik ke Malaysia (mmg beli konon nak rajin berjalan sebab naik 6kg masa belajar walaupun hanya 1 tahun kat sana..hoho), yang digunakan untuk kali pertama untuk tujuan mencatatkan steps & distance (Selama ni guna tp letak dlm handbag je sampai habis bateri.. ;p), aku dan Dude melangkah meninggalkan rumah dalam pukul 7.05-7.15 pagi mcm tu..

Dengan bangganya lagi kami berjalan/jog dari kuarters kami di Presint 8, melalui Jambatan Seri Wawasan, menuruni anak tangga di hujung jambatan ke taman bawah yg ada tempat mandi kana2 yg x sure berfungsi ke tidak, naik tangga menuju ke arah Ministry Kewangan, menyusuri kaki lima sehingga ke depan pejabat Kastam Diraja Malaysia, melintas roundabout di hadapan Seri Wilayah dan patah balik kea rah Jambatan Seri Wawasan untuk ke rumah. On the way balik sebab happy mampu berjalan tanpa pengsan, sempat ambik2 gambar di dpn MOF & Jambatan Seri Wawasan.


Dan lagi sekali aku sangat berbangga dengan diri sendiri sebab mampu berjalan (jog2 sket je) sejauh lebey kurang 3.2 km tanpa pengsan! Maksudnya, insyaAllah aku mampu habiskan TM Run 3km yang aku takutkan sangat tu tanpa pengsan juga. Gile ah Nadot! Kalau ikut pedometer, aku dah berjalan sebanyak 5000 steps, losing 235 kcal dan 14 g (gram ye, bukan kilogram)! Nadot hilang 14 g?! Siyes ajaib!..hohoho.. Aku takut gak pedometer ni tipu aku. So sampai rumah cek googlemap, betul la jarak yg aku jalan tu lebey kurang 3.2 km… fuiyoo!


So sampai rumah utk menggantikan tenaga yg hilang, makan nasi goreng bahagi dua dgn Dude yg dibeli dari Hj Sharin’s Low semalam. Eh?! Tengah hari kuar gi Tesco Kajang td, makan pulak Nasi ayam. Eh lagi?!.. hohohoho

Ok la tu kan.. kalau aku x jog pagi tadi pun, aku tetap akan makan ape yg aku makan, so dgn adenye sedikit jog pagi td, kurang ar sket rasa bersalah makan tah pape…(+ve kan aku…hohohoho).  Lagipun, aku cek lg pedometer yg aku letak dlm poket ketike shopping, aku dah tambah lagi 1.5km berjalan utk shopping punye pasal.. dah lenguh dah kaki ni.. hehe 

Pape pun, aku dah sedey ni nak menghantar Dude sok. Dah la aku mmg hopeless gile bile Dude ade. Mati la aku Dude takde nnt. Rindu gile wooo...Sedey..huhuhuhu...

Takpe la, nak pegi melayan kesedihan jap. Later! ;)

Friday, 8 June 2012

Aku - Morbidly Obese

Yep. Inilah keadaan aku sejak 2-3 tahun lepas. Turun naik dari setakat obese biase kpd morbidly obese. Tapi buat masa ni, morbid obese la.

Kepada yang kurang tahu, morbid obesity adalah keadaan dimana BMI melepasi 40. Kalau normal weight, bacaan BMI adalah dalam range 18.5-24.9. kalau overweight, kadar bacaan dari 25-29.9. kalau obese dari 30-39.9. Aku lebey dari itu. ngheeeeeee....

"Tak segan ke nak bagi tau orang ko morbid obese?"
Nak segan ape kebendenye, orang mmg terang2 nampak aku besar n dah boleh agak dah dgn ke'obese'an aku. Takde tiang yang mampu 'menyorokkan' aku andai kata aku nak main sorok-sorok sekarang ni.

"So, berat ko berapa?"
Ha..itu terpaksa la pulak dirahsiakan atas dasar-dasar keselamatan..hahahahhah

"Kau tak takut ke banyak penyakit ke, mati sakit jantung ke dll?"

Ha!!.. tu la masalah aku yg memerlukan bantuan motivasi dari korang ni.
Aku terlampau pemalas dan pandai mencipta alasan yg sangat logik untuk tidak menurunkan berat badan.

Ok, antara 'masalah' yang menyukarkan aku untuk menurunkan berat badan adalah seperti berikut:

  1. Aku masih sihat.

    Setiap tahun aku rajin buat pemeriksaan darah, dan Alhamdulillah, semuanya clear. Cuma tahun ni, level uric acid tinggi sikit yang memungkinkan aku mendapat gout. nauzubillah... kolestrol, kencing manis, sume bacaan masih cantek lg... Tekanan darah aku pun selalu rendah.
    Dude yg BMI normal, banyak ketidak betulan pada result blood test nye yg lebey teruk dari aku yg morbidly obese ni.

    "Kau sihat sekarang, masa akan datang nanti, kau dah tua2 sket mcm mana?"

    Masalahnya lg, aku x brpe nak fikir masa depan. Aku fikir sekarang je. kalau lah aku dapat fikir masa depan dgn lebey mendalam, mungkin la kot aku lebih bermotivasi utk turunkan berat badan. Kot la... huhu..

    Lagi satu faktor kesihatan yang memalaskan aku adalah body shape aku yang berbentuk 'pear shape' - tend to gain weight dekat area hip & buttocks (kalau kurus boleh dapat badan ala2 JLo tuuu). Di mana 'waist to hip ratio' aku adalah di bawah 0.8 yang bermaksud aku lebih berrisiko rendah untuk mendapat penyakit2 seperti diabetes, sakit jantung & darah tinggi. berbanding dengan mereka yang 'apple shape' - tend to gain weight di bahagian abdomen.

    Bukan nak kata takkan dapat penyakit2 ni. Kalau memang dah obese tu, tak kisah la bentuk badan apa, penyakit nak datang senang je. even abdomen aku pun banyak spare tyre. tapi ni antara alasan yang minda aku gunakan untuk tidak berusehe keras. Dan bukan aku nak riak aku tak sakit sekarang sbb Allah ada kuasa utk menyakitkan aku esok juga (nauzubillah), tp mcm di kata tadi, ni semua 'alasan pandai' yg otak aku fikirkan bagi org pemalas macam aku ni.
  2. Aku confident tak buruk! (hehehe)

    Masalah aku lagi, adalah aku confident aku tak berapa buruk atau jelik. nak cakap confident cantik kang, ramai lak yang akan tinggalkan komen berbentuk cacian dan makian. Hahaha. tapi siyes, Alhamdulillah, walaupun tak berapa nak cantik, aku siyes konfiden comel! ok ok. Muntahla sekarang. hahaha.

    Memang la aku agak low self esteem berada di kalangan org2 yang cantik badan, rupa etc. Tapi tak berapa cukup low esteem nya kalau nak compare low self esteem aku berada di kalangan orang yang pandai2 dan hebat2 atau pakar2 dalam apa-apa bidang pun. Mungkin kerjaya aku dalam bidang akademik yang memandang tinggi mereka yang bijak pandai compare to rupa paras.

    Jeles? Mestila ada. Dah la yang badan cantik senang nak beli baju semua, aku baju sikit tu je la yg aku pakai. Tapi ok pe, dapat berjimat (tengok<---aku tend to pk +ve je utk elakkan diri dari kurus..hoho).

    Pastu bila ambik gambar, aku akan duduk tengah2 di antara kawan2 atau pun jika duduk tepi, aku pandai menyembunyikan kebesaran punggung aku untuk nampak sedikit kurus. kalau nampak gemuk juge, aku takkan upload gambar tu. hahaha.


    Ni tahun 2011, masa mengandung 3-4 bulan. nampak tak cara aku bengkokkan badan untuk ambik gambar bagi melindungi bahagian-bahagian lemak yang over. (^_^)
  3. Aku pemalas gile!

    Ni memang dah diketahui umum kemalasan aku yg tahap maksima hatta untuk mengangkat punggung pun kalau dah mula duduk (pear shape kan..haruslah punggung berat..haha). Bolehla korang mengandaikan aku seperti Garfield yg gile malas tu. Even bantal aku dan aksesori dalam kereta aku adalah Garfield - yg bagi aku sangat mencerminkan aku. hohohoho.

    Aku rasa kerana sifat pemalas aku yg sangat over ni lah yang mendorong akal aku untuk memikirkan alasan-alasan logik untuk aku tidak work out. Dan inilah main culprit aku untuk tidak bergerak dan memasak makanan2 sihat.


Cukup lah alasan2 aku. lagi banyak kang, lagi orang menyampah. hehe. Bukan tak pernah cuba nak kurangkan, tapi kebanyakkannya separuh jalan. Orang kata, fikir utk diri sendiri bila nak turun. So aku try tak jalan. Then aku fikir untuk Dude sebab kesian dia dapat isteri gemuk. Tapi tak jalan. So aku tatau apa yang boleh buat aku highly motivated utk berusehe. Maybe tunggu dapat penyakit baru nak start which aku berdoa, Nauzubillah sangat sangat sangat.

So, apa yang aku nak sebenarnya, adalah sokongan dari korang untuk aku terus cuba untuk kurangkan berat badan. kalau ada yang nak offer aku RM10,000 untuk turunkan 5 kg sebulan, adalah sangat dialu-alukan. Hahahahah...
Ahad depan, first time akan join lari2 TM Run kawan2 ajak untuk beraktivit sehat. 3 km tuuu...3 meter pun aku malas nak jalan. Ni kan pulak 3km.. harap-harap aku survive. baru sekali 2-3 hari lepas aku jogging2 ayam dengan Dude kat area putrajaya. Bangga dgn diri sndri mampu jalan 1.5km..hehehe..
Tapi nak istiqamah tu yg susah. huhuhu

Aku harap boleh la kiranye aku menjadi balik seperti ketika aku Form 3 seperti gambar di bawah. Walaupun ketika itu muka ala2 selekeh dan x reti melawa serta gigi berbraces dan gaye seperti samseng kg dusun (asyik kene berdiri depan perhimpunan je zaman sekolah dulu...hoho), tapi BMI adalah normal.

Bolehkan before n after mcm ni? hahaha. Gambar kanan tidak senyum kerana gigi besi. ;p

Atau paling koman pun balik macam aku darjah 5 atau 6 seperti di bawah:
Sedang bersajak =)

Ok la, panjang sangat ni. mesti ramai bace separuh jalan je. takpe, ahkak redhooo... ;p
Later!!