My blog has moved!

You should be automatically redirected in 6 seconds. If not, visit
http://nadot.my
and update your bookmarks.

Pages

Showing posts with label Hartanah. Show all posts
Showing posts with label Hartanah. Show all posts

Friday, 22 June 2012

Sakit tangan sign dokumen dengan lawyer

Dalam entry bulan lepas aku di sini, ada aku mention dua loan aku untuk 2 apt dah diluluskan (ke 3 & ke 4). SnP for both apts aku dah sign last month juge.

Untuk apt di PP, minggu lepas lawyer muda yg bekerje untuk lawyer loan aku datang ofis aku untuk sign dokumen yg berlambak gile. dah la aku ade mase dlm 30 minit je before appointment aku dgn student, memang sakit gile ah tangan menanda tangan setiap page. Dah la aku ni x reti wat initial, sign panjang2 gak aku buat. Vangang kan aku?..hohoh.. Kata loyer, kalau loan Islamik mmg dokumen lebey sket dari loan conventional. Aku yg mmg jenis tatau pape, beli main redah je, mengiyekan la ape yg lawyer kate..hohoho... Seb baik dia boleh drop by UiTM...kalau tak mesti lagi lambat aku gi sign tu..siyes aku malas gile nak keluar once dah duduk atas kerusi buruk aku kat opis tu... Nak gi toilet pun tunggu dah hujung2 baru lari..Dah la toilet jauh.. Eh..terubah topik lak... ;p

So, utk apt di PP tu, tgh tunggu consent developer, kate lawyer SnP aku. InsyaAllah yg ni dapat settle tak brape lame sgt sbb vendor xde hutang kat bank. Tapi rumah tu pun banyak nak kene baiki... Harap handyman yg mmg aku percaye yg jarang menghampakan aku dpt bg harga murah2 sket nak betul2 sume.. huhuhu

Perasan tak aku guna 2 lawyer instead of 1 utk urusan snp & loan? Mmg preferable gune 1 bg memudahkan keje dan mencepatkan urusan dan mungkin dpt diskaun lebey sket. Tp sbb dah biase dgn lawyer snp yg buat keje cepat ni, tp firm dia x jd panel utk apa2 islamic banking, so aku gune la 2 diff loyer. Alhamdulillah sumenye masih ok dlm 3 urusan pembelian yg aku buat. Loyer loan yg bank suggest sume cepat2 je.

Tp aku tengah risau untuk apt kat SS (yg ke-4) ni. Lg best, 3 loyer terlibat. Loyer SnP, loyer loan & loyer vendor. Ni tengah masalah dengan loyer vendor yg bukan main lembab bagi dokumen2. Tp loyer ku kate takpe, rilek je. Aku ni gelabah mane leh rilek..hohoho.. Ape pun harap semua urusan untuk kedua-dua apt ni dipermudahkan Allah swt... Korang tolong doakan sekali ye... Mekaseh... =)

Later!

Monday, 11 June 2012

Abang Ensem di Mata Aku

Aku sebenarnya berfikir 6-7 kali sama ada nak masuk ke tak contest yang dianjurkan abangensem ni. Bukan apa, aku takut, sebab aku ni tersangat jujurlah orangnye. Jadi ada kemungkinan apa yang bakal aku tulis mampu mengguris perasaan abangensem. Tapi, disebabkan tak ada idea sangat untuk update blog ni, maka dengan paksa rela, aku cuba la join contest yang AE anjurkan (^_^). Kalau dia terasa hati, ada aku kesah? Dah dia yang suruh berlaku jujur dan ikhlas... heheheh

Aku mula mengenali nama abangensem ni selepas dengan tidak sengaja ter'jumpa' blog abangensem.com ketika blog walking di blog-blog lain berkaitan property dalam tahun 2011. Masa tu baru nak start cari-cari cara nak beli rumah subsale selepas dah beli dua buah rumah melalui lelong.

Ter'masuk' je aku ke dalam blog abangensem, aku dapat rasa aura yang menarik-narik aku untuk baca blog tersebut. Walaupun akal aku melawan selepas ternampak banner yang ada muka abangensem tak padan dengan nama blog, tapi hati aku tetap memaksa aku untuk melepak dan membaca. Start baca satu entry, terus aku patah balik ke entry pertama beliau yang ditulis pada tahun 2009 dan habiskan sampai entry terbaru dalam masa 2-3 hari je. Tak silap aku, masa aku buat keje2 lagho ni adalah pada cuti semester (menidakkan hakikat yg aku mungkin makan gaji buta ketika ini..Astaghfirullahalazim...).

Rasa tak masuk kan nama blog dengan empunye blog? hohoho
Dengan bahasa yang agak santai menceritakan pengalaman beliau dapat beli 14 buah rumah, ilmu yang menarik dan berguna tentang urusan-urusan membeli rumah subsale, cara penyampaian yang lawak tahap antarabangsa, perasan yang amat dengan kehenseman (konon) diri sendiri, membuatkan aku terpaksa menjadi follower tegar AE walaupun akal aku selalu tidak membenarkan. Walaupun orang kata 'ikut hati, mati. Ikut rasa, binasa', aku tetap ikutkan hati dan rasa yang nak jugak baca blog AE 24/7 (haaa..tipu la tu kan.. ;p)

Walaupun aku dah khatam baca blog AE, dah beli 3 ebook pertama AE (yg ke-4 tunggu AE blanje..hoho), dah tahu banyak perkara tentang subsale dari blog beliau, dah mula menghantar permohonan loan untuk 2 buah rumah lagi, aku tetap macam tak puas kalau tak jumpa face to face dengan AE. So, pada 21 April 2012, aku bawak 'askar-askar' aku menerjah seminar hartanah AE di Shah Alam.

Alangkah terkejutnya aku bila berhadapan dengan AE buat pertama kali. Rasa tertipu gile. Selama ni dia war-warkan pada pembaca yang dia seorang yang hensem. Hak tuih! Tak langsung. Tapi dia KIUT wooo! (spt yg telah di mentioned kan pada entry sebelum2 ni) Hahaaha. Siyes, 'renek'/'rendang' je dia. Segan kalau nak pakai high heels & berdiri sebelah-sebelah. hohoho. Cara sampaikan seminar pun macam comel2 je... Tersengih je aku sepjg seminar. Saje tanye banyak2 soalan sebab nak dengan AE bercakap panjang-panjang sikit. Hohohoho..

Cilok dari Blog AE
Apa pun, kesimpulan yang boleh dibuat dan yang paling penting bagi aku, korang yang tengah muda-muda lagi, dan suka blog walking, masuk la blog abangensem. Kumpul la aset selagi boleh. Bukan mahal pun, tak payah ada modal dan silap2, akan dapat cash ribu riban lagi (aku yg MOF 70% pun boleh dapat, nikan pulak korang yang masih layak dapat 90% loan). Invest lah untuk mase depan korang. Dan cara2 nak invest dalam hartanah, semua AE dah ajar. Korang tinggal nak baca je blog dia. Nak lebey, beli ebook dia. Nak lagi lebey, join seminar dia. Murah sangat nak banding dgn harga seminar lain n ilmu n rumah yg korang bakal dapat.

Eh..terpanjang plak. Ni lah bahana bagi lecturer menulis atau cakap lama-lama. Susah nak stop. Hehe. Ni la contest pertama yg pernah aku join semenjak ada blog. Banyak btul first time aku sbb AE ni. heheh. Sebab ni adalah sebuah contest, kalau korang rajin, masuk facebook fanpage abangensem.com, klik like dekat post aku yg ada link blog ni pada wall fanpage tu. Tak rajin takpe, x marah. Ahkak redhooo jee! ;p

Korang kalau kenal AE, join la jugak contest ni. Klik je sini.

Later!