My blog has moved!

You should be automatically redirected in 6 seconds. If not, visit
http://nadot.my
and update your bookmarks.

Pages

Friday, 29 June 2012

Dapat BE bila tak update

Pelik je rase. Aku baru dapat BE ke tujuh untuk tahun 2012 selepas sebulan lebih tanpa BE. Pelik sebab bila aku poyo2 tengah aktif post entry dari tengah bulan Mei sampai Jun, takde yg sudi nak bg BE kat aku. Tapi bila aku mula skip lama sikit tak menulis macam yang baru ni, skip 5 hari tanpa entry, time tu la dia bagi BE kat aku. 

Konfius. Memang tak nak aku tulis byk2 kot supaye dorang tak payah bg aku banyak. hehehe


Macam bulan Februari tahun ni, langsung aku tak tulis entry, tapi dapat 2. Mac tulis 3 entry je, x dpt balik. April tanpa entry, dapat balik satu.

So, kesimpulan yang aku dapat di sini, jangan update blog, InsyaAllah dapat BE.

Eh?!? tak leh trime eh? hehehe. Jgn ikut eh advice mengong ni.. ;p

Later!

Thursday, 28 June 2012

Dapat saguhati? Yeay!

Sekian lama aku berblogging-blogging ayam, aku pun memberanikan diri mengjoin contest buat kali pertama, iaitu contest 'Abang Ensem di Mata Ku' di mana aku kene buat esei tentang AE yang aku kenal-kenal ayam je. 2 Hadiah utama (untuk 2 kategori) mendapat lebey kurang RM160++, 50% hasil dari jualan ebook nya selama 10 hari. 5 hadiah saguhati pulak dapat RM20 sorang.

Terbahagi kepada 2 kategori, iaitu dorang yg pernah jumpa dengan AE. Atau yg belum pernah jumpa dengan AE (yg kenal thru blog je etc). Aku termasuk dalam kategori yg DAH jumpa AE la sbb dah join seminar dia. Lagi la kurang probability nak dapat ape2..

Tapi tanpe disangke2, aku termasuk dalam 5 orang yang bertuah untuk mendapat RM20! Yeay!!..

Ehem..ehem.. (bangge mcm dpt nombor 1..hoho)

Untuk kategori yg pernah berjumpa dengan AE, dimenangi oleh Eyriqazz, antara blogger femes di Malaysia (Alexa ranking worldwide: bawah 103k; Malaysia: bawah 600) . Memang sah la tak terlawan dengan blogger picis-picisan mcm aku (Alexa ranking worldwide: 6 juta lebey; Malaysia: x layak diranking pun)  hohoho...

Semenjak dah menang saguhati RM20 ni, rajin plak aku nak mengjoin contest simple2 anjuran blogger2 lain. Antara yang sedang berlangsung sekarang, dari blog matjoe.com, Contest Santai: teka harga luch untuk 3. Senang je, korang teke je brape total harga untuk 3 orang makan. Kot dapat yang paling hampir, free2 je dapat RM10. Sapa nak bagi? heheheh.. Terjah la blog dia bantai je teke kat ruangan komen dia. :)

Later!

Wednesday, 27 June 2012

Dejavu di Kinabalu

Dah lama aku tak ikut drama-drama melayu ni. Bukan sombong atau lupa diri, tapi aku memang bukan hantu tv. Kalau bukak tv pun, suke tgk CSI, NCIS LA, Hawaii Five O, Castle, Top Chef. Tu kalau cite omputih. 

Kalau siaran bahasa melayu lak, yang aku suke tengok hanyalah yg berikut sahaje: Betul ke Bohong, Karoot Komedia X, Achaner tu Johan, ulangan super spontan / spontan, ulangan maharaja lawak dan yg sewaktu dengannye la. hohoho.. Crite2 ni la yg bley buat aku gelak dan menceriakan hidup aku yg agak mandom tanpa Dude dgn kerje bertimbun sekarang. hehe.

Then start last week, aku tertengok cerita Dejavu di Kinabalu, terus terhook dan tak boleh berhenti tengok. Walaupun jalan cerita ala2 sama dengan cerita Summer Scent siri Korea tu, tp versi melayu ni, best jugak untuk ditonton. Drama ni disiarkan pukul 7-8pm TV3. Sambil tengok smabil main2 dgn Nawfal. Cerita yg disiarkan waktu ni sebelum2 ni mcm seindah sakura etc, takde la plak menarik aku mcm cerita ni. Terlewat solat aku cerita ni punye pasal. Astaghfirullah.....

Pic credit to Roti Kaya

Briefly, crite ni pasal Nadira (Tiz) yg sakit jantung, tp dapat jantung baru dari Inara (gf si Ammar (Aqasha)) yg meninggal dunia. Then Nadira & Ammar ditakdirkan untuk buat kerja sama2. Terjumpa selalu etc. Dan setiap kali dorang berjumpa, jantung Nadira mesti berdegup kencang (chewah!). Walaupun belum nampak Ammar lagi, jantung Nadira akan berdegup laju dulu, then muncul la Ammar. Kire kalau Ammar ade dekat je, degup laju la jantung dia.

Lebey kurang mcm tu gak la jantung aku berdegup laju bila tengok cerita ni. Dah la ost nye gune lagu Butterfly (Melly Goeslaw & Andhika Pratama), antara lagu fav aku mase Master dulu. Rase macam nak bercinta lagi je. Dude! cepat balik kita berchenta jom! try ngorat sy balik k. hohohoho...

Tatau la ending dia macam mane. Tp harapnye happy ending la. Tak mcm cerita melayu fav aku juge, Sindarela yg ending dia husin tak end up dengan Zoela. Emo sangat aku sbb gigih tengok youtube hari2 tunggu crite tu. Seb baik dorang tebus dengan cerita Rona-roni makaroni. 

Eh..dah termasuk crite lain dah... Dah dah... nak semak thesis students. Later! =)

Friday, 22 June 2012

Sakit tangan sign dokumen dengan lawyer

Dalam entry bulan lepas aku di sini, ada aku mention dua loan aku untuk 2 apt dah diluluskan (ke 3 & ke 4). SnP for both apts aku dah sign last month juge.

Untuk apt di PP, minggu lepas lawyer muda yg bekerje untuk lawyer loan aku datang ofis aku untuk sign dokumen yg berlambak gile. dah la aku ade mase dlm 30 minit je before appointment aku dgn student, memang sakit gile ah tangan menanda tangan setiap page. Dah la aku ni x reti wat initial, sign panjang2 gak aku buat. Vangang kan aku?..hohoh.. Kata loyer, kalau loan Islamik mmg dokumen lebey sket dari loan conventional. Aku yg mmg jenis tatau pape, beli main redah je, mengiyekan la ape yg lawyer kate..hohoho... Seb baik dia boleh drop by UiTM...kalau tak mesti lagi lambat aku gi sign tu..siyes aku malas gile nak keluar once dah duduk atas kerusi buruk aku kat opis tu... Nak gi toilet pun tunggu dah hujung2 baru lari..Dah la toilet jauh.. Eh..terubah topik lak... ;p

So, utk apt di PP tu, tgh tunggu consent developer, kate lawyer SnP aku. InsyaAllah yg ni dapat settle tak brape lame sgt sbb vendor xde hutang kat bank. Tapi rumah tu pun banyak nak kene baiki... Harap handyman yg mmg aku percaye yg jarang menghampakan aku dpt bg harga murah2 sket nak betul2 sume.. huhuhu

Perasan tak aku guna 2 lawyer instead of 1 utk urusan snp & loan? Mmg preferable gune 1 bg memudahkan keje dan mencepatkan urusan dan mungkin dpt diskaun lebey sket. Tp sbb dah biase dgn lawyer snp yg buat keje cepat ni, tp firm dia x jd panel utk apa2 islamic banking, so aku gune la 2 diff loyer. Alhamdulillah sumenye masih ok dlm 3 urusan pembelian yg aku buat. Loyer loan yg bank suggest sume cepat2 je.

Tp aku tengah risau untuk apt kat SS (yg ke-4) ni. Lg best, 3 loyer terlibat. Loyer SnP, loyer loan & loyer vendor. Ni tengah masalah dengan loyer vendor yg bukan main lembab bagi dokumen2. Tp loyer ku kate takpe, rilek je. Aku ni gelabah mane leh rilek..hohoho.. Ape pun harap semua urusan untuk kedua-dua apt ni dipermudahkan Allah swt... Korang tolong doakan sekali ye... Mekaseh... =)

Later!

Happy Birthday Nawfal sayang!

22 Jun 2012. Nawfal - my baby turns 1 year old today. Ok..kenapa rase sayu nak menaip ni.. (sedut hingus)..

I'm extremely happy dan bersyukur sangat-sangat Nawfal dapat mencapai umur 1 tahun. But at the same time, aku sangat sedey sbb rasa cepat sangat Nawfal membesar and in no time, he will start kindergarten, primary & secondary school, degree, master, phd, double degree, double master...eh? lecturer ke anak aku? hoho...

Nawfal at 5 months (left) and lepas mandi on his 1 year birthday (right)

Semoga Nawfal menjadi anak yang soleh, yg mukmin, yang muttaqin, yang baik, yang bijak pandai, yg mendengar kata, yg hormat orang, yg tak kedekut, yang dermawan, yg tak berkira, yg ceria, yang sihat walafiat, yang tahfiz, yg sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah swt, yg dapat bimbing adik2 (??? ;p), yg dapat doakan mommy & daddy tiap2 hari  bile kami dah takde nanti dan semualah yg positif2 mommy doakan untuk Nawfal.

Aksi Nawfal di pagi hari lahir

Semoga Nawfal tak terikut dengan perangai buruk mommy & daddy walaupun terdedah tiap2 hari..hohoho..

Mommy & daddy sayang Nawfal sangat-sangat.

(sroooott.... - teke bunyi ape? hoho) Later!!

Nawfal dengan bear yg lebeh tua dari dia (hampir 5 tahun)

p/s: Harap x kan jadi  ape2 pd entry2 dlm blog ni sampai Nawfal tua so dia tau walaupun mommy & daddy dah takde, kitorang memang sayangkan dia sgt2...

pss: apa? Nawfal nak adik? erm..nanti mommy diskas dgn daddy k... hohoho


Thursday, 21 June 2012

Aku join TM Fan Run 2012. Biar betul?!?

Ahad lepas, 17 Jun 2012, adalah hari yg agak bersejarah untuk aku. Aku yang memang dikenali dengan sifat pemalas, berat punggung, morbidly obese, tak suke berjalan langsung, telah menyertai TM Fan Run 2012 untuk acara 3 km berjalan kaki.

'Nadot' dan 'Lari' memang macam langit dengan bumi. Memang takkan boleh co-exist bersama. Tapi atas dorongan kawan2 terchenta yang kaki lari, aku jadi bersemangat sket. Tengok pulak yg semua orang yg habis akan dapat medal & jersi TM, harusla aku yg agak materialistik ni nak join, so aku pun daftar la. Lepas dah daftar, menyesal. Hahahah.

Sebelum berlari
 Ada 2 kategori untuk TM Fan Run ni, 7km & 3km. 7km start lari dalam pukul 8-8.05 am. yang untuk 3km pulak dilepaskan pada 8.15am. Tengah2 lari/jalan berhampiran Padang Merbuk, hujan turun lebat yang teramat. Aku yakin boleh sampai lg awal sebenarnye, tapi sebab luar dan dalam basah lenjun, menjadikan aku lebey obese dari berat yg mmg obese ni, so lambat sket la sampai. Lg pun, jalan licin, pelan-pelan je aku jalan. Hahahaha...
 
Dapat emas wooo... ;p
 Dah sampai, ambik Goody bag, melepak-lepak cam whoring sambil breakfast pisang & karipap yg dapat dlm bag. Walaupun rupa fizikal aku sangat buruk dan menyakitkan mata memandang dlm keadaan basah lenjun, aku x kesah, asalkan kamera tak rosak mase snap gambar aku ;p


Tengok la kawan2 aku yg kurus-kurus cantik2 ni. (konfiden dot..konfiden.. ;p)

Bawah ni gambar geng kain pelekat yg kebetulan lalu masa kitorang melepak. Ikut hati gatal aku nak je ambik gmbar dengan dorang, tp sebab dari azali aku mmg pemalu dan bersopan santun ala2 perempuan melayu terkahir, Mamu & Fiqri je la masuk bergambar & aku minta amal snapkan. heheh
Geng Kain Pelekat
Kalau tanye aku sekarang, nak masuk lagi tak larian ni? Jujur aku jawab, tanak!..hahahah.. Tapi aku berharap di bagikan la aku kekuatan lagi fizikal dan mental untuk join lagi Run2 pd masa akan datang. Sonok sbnrnye. Tp sbb stamina mmg out, jd malas la. huhuhu..

Later! =)

Tuesday, 19 June 2012

Tolongla saya pindah ke hosting baru =)

Almost 2 weeks since I bought my own domain and hosting. But, until now, I do not have the gut to move all the contents of my blog to the new domain despite reading hundreds number of blog (tipu lagi) regarding this topic. Sebab? From my reading, there are several ways to move your content to a new hosting/domain. So, sbg seorang yg ala2 buta IT, tak tau which method is the fastest and safest and less risky.

This is going to be my second time moving to another hosting. I used to use wordpress.com yang free tu a long time ago. Then moved to free blogspot like in 2008 kot. So sekarang, I would like to transfer (again) all my posts and comments and whatever can be transferred to my new wordpress.org but am not confident enough. Worry that I might loss everything in the process. sayang ooo..walaupun blogging setahun 5-6 kali je dulu2 (since 2005 rasenye zaman blajar dulu..hehe), tp nak gak tunjuk kat anak cucu the evolution and transition of my writing style - which is getting worse bile makin tua ni.hoho...

Kenapa sy beli domain baru? Sedap mmg teringin dari dulu ade domain sendiri without blogspot/wordpress kat belakang. Tapi .com dah x available. Agak baru tahu 'nadot' adalah sir name untuk org2 France (tu nampak mcm ade iras2 org Peranchis je aku ni ;p)... So terpaksa settled for .my.

Masih mengekalkan header yg same. I seriously do have a hard time letting go of, erm..everything? (setia ok) ;p

Tak kejar pun SEO ke ape ke, traffic ke ape sgt sbb dari dulu niat ade blog utk kepuasan diri sendiri. Walau apepun bile org bace n dpt info dari penulisan kita adelah lebey hepi. =)

Anyway, tolong la saya!! =)
nanti saya sedekahkan...senyuman?..ok kan? ;)