My blog has moved!

You should be automatically redirected in 6 seconds. If not, visit
http://nadot.my
and update your bookmarks.

Pages

Tuesday, 15 December 2009

Aku seorang pensyarah..huhuhu

Entah ngape tringat karangan2 jenis autobiografi yang kene tulis mase skolah rendah spt aku sebatang pensel atau aku sebuah basikal. Then tibe2, tringat keje aku byk gile bile balik keje esok. pastu terus otak aku mencipta tajuk 'aku seorang pensyarah'. dan utk tidak menghampekan otak aku yg penat berpikir, aku decide utk mengepost entry ini pada hari ini yang bertajuk 'aku seorang pensyarah'. (aku bkn sedang bosan ye..).

Seperti yang kawan2ku sedia maklum, cita-cita aku mase kecik adalah untuk menjadi doktor. itu sebenarnya cita-cita parentsku. kerana masih tidak pandai berpk, maka aku mempunyai cita-cita yang sama, iaitu doktor. sampailah ke darjah enam, bile cikgu suruh tulis maklumat peribadi yang ada 3 pilihan utk jadi apa, doktor mesti yg pertama. yg lain x igt. saintis ada gak rasanya.pensyarah kate emak ada, tp ku x igt, kerana aku kene jd doktor.

results belajar aku sume sgt elok hingga pmr. tetapi kerana sifat aku yg sgt rebellious, form 4 n form 5 ku adalah sgt tidak belajar. mcm mane nak belajar, time belajar je, kene jumpe warden, time belajar je jumpa PK HEM, alang2, x yah belajar la (alasan...hohoho)..tp betul la, sgt rebellious hingge tanak mndgr cakap mak bapak. Maka, results SPM aku hampeh...

Tapi Alhamdullillah, sgt hampeh pun masih melayakkan aku masuk matrik..maka ku dapat masuk asasi UM. cita-cita ku masih doktor (anak yg taat, ikut kate mak pak). tetapi kerana masih lagi terbawa sikap main2, result asasi ku juge hampeh. Tetapi ingat ye di sini saudara saudari, saya tidak penah menganggap sy bodoh wpun results hampeh. Saye tahu sy suke main dan pemalas.

Alhamdulillah lagi, sehampeh-hampeh result asasi, masih layak masuk fakulti sains, ambik bio. di sini, aku dah tau, yg aku x boleh jadi seorang doktor. Sume tau doktor keje bagaimana kan. aku tengok diri sndiri, mmg takde match langsung. tiada padanan. tidak sesuai. aku suke melepak smpi pagi (ketike itu..skrg ske tido), bkn oncall sampai pagi. aku suke tengok binatang, hutan2, sungai2 laut2, bkn tengok patient. aku suke bau hujan, bau segar pokok dlm hutan, bukan bau ubat. Make aku buat kesimpulan sndiri, aku tidak boleh jd doktor. ketike ini sorg kawanku ke indon loan jpa jd doktor wpun results biase2 saje ketika matrik. ayah pun tnye nak ke. dgn yakin aku jwb tanak! wpun ketike ini lum tau nk jd ape, tp yg pasti bkn doktor!

lalu aku pun melalui first year aku dgn perasaan yang gembira dimana pada akhir first year, resultku sungguh teruk..hihi.pd mulanya ingin memilih biotek. ttp dgn result yg teruk dan bile dipikirkan biotek kene duduk lab saje (tgk mikroskop seminit pun aku dah juling), aku memilih utk mengambil EKOLOGI DAN BIODIVERSITI. ayah dan emak tiade pengaruh langsung ke atas pilihan aku kerana diorg pun tatau ape aku blajar. diorg tau doktor je. kalau x layak doktor, diorg tatau bnde lain..hoho

wpun hati ku sedang mengalami kesakitan di zaman ini, results aku meningkat dari satu sem ke satu sem dan tidak pernah jatuh. ayah dan emak makin gembire. Aku juge gembire dapat mengikis duit ayah dengan membeli hadiah2 krne mndpt keputusan yg elok. subjek2nye pun mostly sgt menggembirekan. bayangkan dalam satu semester saje, mesti akan ke laut dan juge hutan2 utk field trip. sewonok wooo...

selepas aku habis belajar, aku ditawarkan 3 scholarships (penah diriakkan di post2 lama2). aku sgt bersyukur krn aku hanye dpt 2nd upper (dan tidak 1st class). tetapi aku rasa, kerana keikhlasan ku belajar (dpt ikhlas tu sbb gembire amik bidang tu), tu dpt offer mcm2. Tapi kerana ayah tidak sabar nak menghalau aku dari malaysia, kami memilih scholar skim tenaga pengajar muda uitm kerana dia menaja aku ke obersi.

Aku di obersi (UK) slame satu tahun. kemudia aku pulang utk berkhidmat di uitm. wpun ada juge penyesalan memilih uitm instead of um (ye la, um dekat je dgn umah, ni pegi uitm, rm700 ku habis sebulan utk minyak dan tol), tapi aku gembire mnjadi seorang pensyrah. mase bz haruslah ada, tp mase sedey dan depress sgt jarang (lagi). tiap2 hari kami bergelak ketawa, marah student, buat keje2 yg xde kene mengene dgn bidang tugas yg bongoks dll. dah la seronok kerane kerje tidak terikat pada masa (point penting aku utk memilih kerja..huhu). mungkin tidak selonggar UM, tetapi siyes tidak seketat kerja yang perlu datang kul 8 balik kul 5.

aku juge seronok kerana wat mase skrg most of my students best2 la juge. seronok tgk results mereke jike mereke ok. msti la kecewe juge jike ade yg sudah ambik subjek itu 3 kali tetapi  masih fail, tetapi  itu diluar bidang kawalan aku. aku just boleh nasihat n push dia utk ambik je lagi dan lagi dan lagi.hohoho...

masalah mmg lah ade, dan banyak sgt, siyess.. tapi aku tidak tertekan sgt (sket2 haruslah ade).. sudah sethn dua bln aku mnjadi seorang pensyarah, dan sehingge skrg masih belum trpk kerje lain yg boleh menggantikn keseronokan mnjadi pensyrah..

make, sehingge disini saja saya berhenti mengarang. walaupun tidak byk diceritekn mengenai kerjaya saya di sini dan tidak berape menepati tajuk post ini, tetapi sukehati-sayalah-nak-tulis-apa-pun.hoho..

utk adik2 sy dan mereke yg masih blajar, ikhlaskan la diri belajar wpun tidak suke subjek itu. insyaAllah, bley dapat A juge..hihihi..

akhir kate, renung2kan lah, dan selamat beramal!..hohoho

Tuesday, 8 December 2009

November...huhu

Adoi..sangatnye malas nak update lately (lately ke mmg malas dr dulu...huhu).. Tapi sumpah...saya sungguh bz bulan 11...students exam, carry mark satu hape tak buat lagi mase tu, dengan curriculum review lagi...

and dgn my uwan passed away...huhuhu

First time ada kematian dekat rumah (uwan tinggal dengan kitorang since 1995), a bit kelam kabut, dan sedey.... Tapi dah 3-4 years juge uwan tak ingat apa2, maka dalam sedey, tetap bersyukur kerana akhirnye uwan tenang dan tak terseksa dah...(siyes sedey tgk dia mase dia hidup yang terlantar n x igt ape2 tu...huhu)....

Adoi...sedey sudey...

Ha!..Lagi satu bende yg mmg tak patut diingat adalah conference di sarawak 24th-26th nov lepas...adalah sgt merepek dan memalukan diri sndiri betul... disbbkan sangat tidak bersedia utk present (present ptg, tgh hari baru siap slides..sah2k berlatih - bz dgn results xm mase ni), make sgt la gelabah bile present sampai terjatuh2 bnde yg ade atas meje tu..sgt la malu...time tu grammar, vocab sume terabur ke mane tah...Tapi mase Q&A session, lancar la plak jawab 3-4 soklan yg ditanye...adoi ai....dah, taubat dah..x nak gi conference, nak hantar masuk jurnal je...huhuhu...

ok..disember pnye citer, nnt la update...later! :)