My blog has moved!

You should be automatically redirected in 6 seconds. If not, visit
http://nadot.my
and update your bookmarks.

Friday, 8 June 2012

Aku - Morbidly Obese

Yep. Inilah keadaan aku sejak 2-3 tahun lepas. Turun naik dari setakat obese biase kpd morbidly obese. Tapi buat masa ni, morbid obese la.

Kepada yang kurang tahu, morbid obesity adalah keadaan dimana BMI melepasi 40. Kalau normal weight, bacaan BMI adalah dalam range 18.5-24.9. kalau overweight, kadar bacaan dari 25-29.9. kalau obese dari 30-39.9. Aku lebey dari itu. ngheeeeeee....

"Tak segan ke nak bagi tau orang ko morbid obese?"
Nak segan ape kebendenye, orang mmg terang2 nampak aku besar n dah boleh agak dah dgn ke'obese'an aku. Takde tiang yang mampu 'menyorokkan' aku andai kata aku nak main sorok-sorok sekarang ni.

"So, berat ko berapa?"
Ha..itu terpaksa la pulak dirahsiakan atas dasar-dasar keselamatan..hahahahhah

"Kau tak takut ke banyak penyakit ke, mati sakit jantung ke dll?"

Ha!!.. tu la masalah aku yg memerlukan bantuan motivasi dari korang ni.
Aku terlampau pemalas dan pandai mencipta alasan yg sangat logik untuk tidak menurunkan berat badan.

Ok, antara 'masalah' yang menyukarkan aku untuk menurunkan berat badan adalah seperti berikut:

  1. Aku masih sihat.

    Setiap tahun aku rajin buat pemeriksaan darah, dan Alhamdulillah, semuanya clear. Cuma tahun ni, level uric acid tinggi sikit yang memungkinkan aku mendapat gout. nauzubillah... kolestrol, kencing manis, sume bacaan masih cantek lg... Tekanan darah aku pun selalu rendah.
    Dude yg BMI normal, banyak ketidak betulan pada result blood test nye yg lebey teruk dari aku yg morbidly obese ni.

    "Kau sihat sekarang, masa akan datang nanti, kau dah tua2 sket mcm mana?"

    Masalahnya lg, aku x brpe nak fikir masa depan. Aku fikir sekarang je. kalau lah aku dapat fikir masa depan dgn lebey mendalam, mungkin la kot aku lebih bermotivasi utk turunkan berat badan. Kot la... huhu..

    Lagi satu faktor kesihatan yang memalaskan aku adalah body shape aku yang berbentuk 'pear shape' - tend to gain weight dekat area hip & buttocks (kalau kurus boleh dapat badan ala2 JLo tuuu). Di mana 'waist to hip ratio' aku adalah di bawah 0.8 yang bermaksud aku lebih berrisiko rendah untuk mendapat penyakit2 seperti diabetes, sakit jantung & darah tinggi. berbanding dengan mereka yang 'apple shape' - tend to gain weight di bahagian abdomen.

    Bukan nak kata takkan dapat penyakit2 ni. Kalau memang dah obese tu, tak kisah la bentuk badan apa, penyakit nak datang senang je. even abdomen aku pun banyak spare tyre. tapi ni antara alasan yang minda aku gunakan untuk tidak berusehe keras. Dan bukan aku nak riak aku tak sakit sekarang sbb Allah ada kuasa utk menyakitkan aku esok juga (nauzubillah), tp mcm di kata tadi, ni semua 'alasan pandai' yg otak aku fikirkan bagi org pemalas macam aku ni.
  2. Aku confident tak buruk! (hehehe)

    Masalah aku lagi, adalah aku confident aku tak berapa buruk atau jelik. nak cakap confident cantik kang, ramai lak yang akan tinggalkan komen berbentuk cacian dan makian. Hahaha. tapi siyes, Alhamdulillah, walaupun tak berapa nak cantik, aku siyes konfiden comel! ok ok. Muntahla sekarang. hahaha.

    Memang la aku agak low self esteem berada di kalangan org2 yang cantik badan, rupa etc. Tapi tak berapa cukup low esteem nya kalau nak compare low self esteem aku berada di kalangan orang yang pandai2 dan hebat2 atau pakar2 dalam apa-apa bidang pun. Mungkin kerjaya aku dalam bidang akademik yang memandang tinggi mereka yang bijak pandai compare to rupa paras.

    Jeles? Mestila ada. Dah la yang badan cantik senang nak beli baju semua, aku baju sikit tu je la yg aku pakai. Tapi ok pe, dapat berjimat (tengok<---aku tend to pk +ve je utk elakkan diri dari kurus..hoho).

    Pastu bila ambik gambar, aku akan duduk tengah2 di antara kawan2 atau pun jika duduk tepi, aku pandai menyembunyikan kebesaran punggung aku untuk nampak sedikit kurus. kalau nampak gemuk juge, aku takkan upload gambar tu. hahaha.


    Ni tahun 2011, masa mengandung 3-4 bulan. nampak tak cara aku bengkokkan badan untuk ambik gambar bagi melindungi bahagian-bahagian lemak yang over. (^_^)
  3. Aku pemalas gile!

    Ni memang dah diketahui umum kemalasan aku yg tahap maksima hatta untuk mengangkat punggung pun kalau dah mula duduk (pear shape kan..haruslah punggung berat..haha). Bolehla korang mengandaikan aku seperti Garfield yg gile malas tu. Even bantal aku dan aksesori dalam kereta aku adalah Garfield - yg bagi aku sangat mencerminkan aku. hohohoho.

    Aku rasa kerana sifat pemalas aku yg sangat over ni lah yang mendorong akal aku untuk memikirkan alasan-alasan logik untuk aku tidak work out. Dan inilah main culprit aku untuk tidak bergerak dan memasak makanan2 sihat.


Cukup lah alasan2 aku. lagi banyak kang, lagi orang menyampah. hehe. Bukan tak pernah cuba nak kurangkan, tapi kebanyakkannya separuh jalan. Orang kata, fikir utk diri sendiri bila nak turun. So aku try tak jalan. Then aku fikir untuk Dude sebab kesian dia dapat isteri gemuk. Tapi tak jalan. So aku tatau apa yang boleh buat aku highly motivated utk berusehe. Maybe tunggu dapat penyakit baru nak start which aku berdoa, Nauzubillah sangat sangat sangat.

So, apa yang aku nak sebenarnya, adalah sokongan dari korang untuk aku terus cuba untuk kurangkan berat badan. kalau ada yang nak offer aku RM10,000 untuk turunkan 5 kg sebulan, adalah sangat dialu-alukan. Hahahahah...
Ahad depan, first time akan join lari2 TM Run kawan2 ajak untuk beraktivit sehat. 3 km tuuu...3 meter pun aku malas nak jalan. Ni kan pulak 3km.. harap-harap aku survive. baru sekali 2-3 hari lepas aku jogging2 ayam dengan Dude kat area putrajaya. Bangga dgn diri sndri mampu jalan 1.5km..hehehe..
Tapi nak istiqamah tu yg susah. huhuhu

Aku harap boleh la kiranye aku menjadi balik seperti ketika aku Form 3 seperti gambar di bawah. Walaupun ketika itu muka ala2 selekeh dan x reti melawa serta gigi berbraces dan gaye seperti samseng kg dusun (asyik kene berdiri depan perhimpunan je zaman sekolah dulu...hoho), tapi BMI adalah normal.

Bolehkan before n after mcm ni? hahaha. Gambar kanan tidak senyum kerana gigi besi. ;p

Atau paling koman pun balik macam aku darjah 5 atau 6 seperti di bawah:
Sedang bersajak =)

Ok la, panjang sangat ni. mesti ramai bace separuh jalan je. takpe, ahkak redhooo... ;p
Later!!

9 comments:

marfuza said...

Err.. Nadot, apa alasan ko kata yg besar bahagian atas lebih tinggi risiko mendapat penyakit??

Huhu.. Takut..

ef.ae said...

all the best in getting back a slim body! ^^

Nadot said...

@marfuza

risiko je pooja..tu psl laki slalu mati mengejut sakit jantung...dorg kan mostly berdada bidang, lebar bhgn atas so lemak berkumpul dkt organ2 penting..tp ko slim, insyaAllah takde pape.. dont worry ah.. =)

Nadot said...

@ef.ae

tq so much! though it seems impossible, still, tq! =)

marfuza said...

Celah mana aku slim.. Bahagian dada aku besar.. Selalu sangkut baju tau..
Tapi, bontot aku kempis, kaki halus..
Dada je besar.. Uhukss..

puanbee said...

baca sampai habis tau ..

cam mana ek ..sy pun badan besar jugak ..

susah nak kuruskan entah lah minda malas fikir , sama jugak dengan nadot ..

amal latiff said...

cakap tahniah kat aku sbb berjaya sampai ke titik terakhir..
ai #bangga dgn you dodot wlupon ko morbid obese...seriyes ni first time dgr word bombastic ni...
BTW, we will always support you..and i think u know that very well kan..
so, as i said before..sila pindah sebelah rumah mak ai, mmg pasti aku drag ko turun naik bukit bwh tu everyday...

hazman aka species1980 said...

Sama la ngan saya skang nie... kalau saiz seluar tu dah kena pakai saiz 38....adessss penangan jadi food blogger punya pasal... tapi tak bersenam langsung

Nadot said...

pooja: btul la tu..celah punggung n kaki ko slim melim... bhgn atas tu aset weh..jgn kuruskan...hohoho

Puanbee: tu la pasal. Malas nak fikir. Tu yg tercipta banyak alasan. takpe, asal kite sehat, insyaAllah.. =)

Amal: Tahniah sbb sanggup bace sampai habis alasan2 logik aku!!! hahahha.. ye, tau..tq sbb mnjadi antare my best supporters. ok je pindah sblh rumah. Suh ar pakcik2 ko yg nak jual tu bg aku sewe barang setahun dua kat situ. heheh

Abg Hazman (trus abg sbb nmpak 1980 tu..hehe): Takpe la jugak, at least mmg femes sbg food blogger, kire logik la kalau bdn besar sket..hehe.. smoge kite same2 sehat dan bebas dr penyakit2 wpun agak besar badannye, insyaAllah (^_^)