My blog has moved!

You should be automatically redirected in 6 seconds. If not, visit
http://nadot.my
and update your bookmarks.

Wednesday, 27 June 2012

Dejavu di Kinabalu

Dah lama aku tak ikut drama-drama melayu ni. Bukan sombong atau lupa diri, tapi aku memang bukan hantu tv. Kalau bukak tv pun, suke tgk CSI, NCIS LA, Hawaii Five O, Castle, Top Chef. Tu kalau cite omputih. 

Kalau siaran bahasa melayu lak, yang aku suke tengok hanyalah yg berikut sahaje: Betul ke Bohong, Karoot Komedia X, Achaner tu Johan, ulangan super spontan / spontan, ulangan maharaja lawak dan yg sewaktu dengannye la. hohoho.. Crite2 ni la yg bley buat aku gelak dan menceriakan hidup aku yg agak mandom tanpa Dude dgn kerje bertimbun sekarang. hehe.

Then start last week, aku tertengok cerita Dejavu di Kinabalu, terus terhook dan tak boleh berhenti tengok. Walaupun jalan cerita ala2 sama dengan cerita Summer Scent siri Korea tu, tp versi melayu ni, best jugak untuk ditonton. Drama ni disiarkan pukul 7-8pm TV3. Sambil tengok smabil main2 dgn Nawfal. Cerita yg disiarkan waktu ni sebelum2 ni mcm seindah sakura etc, takde la plak menarik aku mcm cerita ni. Terlewat solat aku cerita ni punye pasal. Astaghfirullah.....

Pic credit to Roti Kaya

Briefly, crite ni pasal Nadira (Tiz) yg sakit jantung, tp dapat jantung baru dari Inara (gf si Ammar (Aqasha)) yg meninggal dunia. Then Nadira & Ammar ditakdirkan untuk buat kerja sama2. Terjumpa selalu etc. Dan setiap kali dorang berjumpa, jantung Nadira mesti berdegup kencang (chewah!). Walaupun belum nampak Ammar lagi, jantung Nadira akan berdegup laju dulu, then muncul la Ammar. Kire kalau Ammar ade dekat je, degup laju la jantung dia.

Lebey kurang mcm tu gak la jantung aku berdegup laju bila tengok cerita ni. Dah la ost nye gune lagu Butterfly (Melly Goeslaw & Andhika Pratama), antara lagu fav aku mase Master dulu. Rase macam nak bercinta lagi je. Dude! cepat balik kita berchenta jom! try ngorat sy balik k. hohohoho...

Tatau la ending dia macam mane. Tp harapnye happy ending la. Tak mcm cerita melayu fav aku juge, Sindarela yg ending dia husin tak end up dengan Zoela. Emo sangat aku sbb gigih tengok youtube hari2 tunggu crite tu. Seb baik dorang tebus dengan cerita Rona-roni makaroni. 

Eh..dah termasuk crite lain dah... Dah dah... nak semak thesis students. Later! =)

2 comments:

Anonymous said...

Harusla tgk..ada hero hensem..dah la hensem, pandai nyanyi pulak tu...

~FP~

Nadot said...

@Anonymous

hahaha..sy xde prasaan sgt kat aqasha.. tp ske tiz blakon sbb cam real gile. Bile tgk cite tu, trase diri sndiri cantek mcm tu..hohoho