My blog has moved!

You should be automatically redirected in 6 seconds. If not, visit
http://nadot.my
and update your bookmarks.

Pages

Tuesday, 5 June 2012

Pantai Indah Seaview Resort

Dengan secara tibe-tibenye, hari Sabtu lepas, dlm pukul 2-3 pm mcm tu, aku terasa nak pergi bercuti. Plannye, pergi je tido mane2 hotel best area KL/Subang etc. Tetibe lagi, terlintas di otak fikiran yang aku belum pernah tengok kelip-kelip di Kuala Selangor, so terus la aku n Dude google2 hotel yg ada area tu.

Alangkah sedeynye sume hotel, yg budget ke, 3 stars ke dah fully booked. Time tu baru teringat yg tengah cuti sekolah. Tapi x kira, nak jugak tengok kelip2, so gugel punye gugel, the nearest tempat tinggal yg masih available adalah Pantai Indah Seaview Resort.

Resort ni adalah apartment style. Untuk 3 bilik apartment (master bedroom with air-cond & 2 lg bilik berkipas), harga adalah RM120 - agak murah dengarnye, tp berbaloi lah dengan kualiti perabot2 yg disediakan yang kebanyakannye agak lama dan hampir patah. Tapi untuk setakat 8 jam berada dalam bilik tu, ok la..boleh la tahan. hehe. Tv, Sofa yg dah patah kayu bawah dia, katil yg dah layut disediakan. Microwave, fridge, cerek pun ada. Senang nak panaskan makanan Nawfal.

Dari bilik, boleh nampak laut n padang driving range, so pemandangan agak cantik la jugak.



Dari Resort ni ke Kg Kuantan untuk tengok kelip-kelip ambik masa 20-30 minit. 30 minit tu kalau bawak slow sbb tatau jalan la basically - first time kan pegi.. =)
Tapi yg bestnye, resort ni sangat dekat dengan tempat makan seafood yg sedap & glemer & agak murah = Aroma Ikan Bakar di area Jeram.

Cerita tentang kelip-kelip di Kg Kuantan & makan2 di Aroma Ikan Bakar akan diceritakan kemudia, InsyaAllah... =)

Later!

2 comments:

Anonymous said...

tempat ai bermain pok amai2 dengan zam sambil tgk kelip2 pada zaman dahulu...second visit...masa tu ujan turun..so, tak dapat nak tgk kelip2....sob..sob...

~FP~

Nadot said...

@Anonymous

waaahh..romantik sangat kaaakk.. hehe