'Nadot' dan 'Lari' memang macam langit dengan bumi. Memang takkan boleh co-exist bersama. Tapi atas dorongan kawan2 terchenta yang kaki lari, aku jadi bersemangat sket. Tengok pulak yg semua orang yg habis akan dapat medal & jersi TM, harusla aku yg agak materialistik ni nak join, so aku pun daftar la. Lepas dah daftar, menyesal. Hahahah.
Sebelum berlari |
Ada 2 kategori untuk TM Fan Run ni, 7km & 3km. 7km start lari dalam pukul 8-8.05 am. yang untuk 3km pulak dilepaskan pada 8.15am. Tengah2 lari/jalan berhampiran Padang Merbuk, hujan turun lebat yang teramat. Aku yakin boleh sampai lg awal sebenarnye, tapi sebab luar dan dalam basah lenjun, menjadikan aku lebey obese dari berat yg mmg obese ni, so lambat sket la sampai. Lg pun, jalan licin, pelan-pelan je aku jalan. Hahahaha...
Dapat emas wooo... ;p |
Dah sampai, ambik Goody bag, melepak-lepak cam whoring sambil breakfast pisang & karipap yg dapat dlm bag. Walaupun rupa fizikal aku sangat buruk dan menyakitkan mata memandang dlm keadaan basah lenjun, aku x kesah, asalkan kamera tak rosak mase snap gambar aku ;p
Tengok la kawan2 aku yg kurus-kurus cantik2 ni. (konfiden dot..konfiden.. ;p) |
Bawah ni gambar geng kain pelekat yg kebetulan lalu masa kitorang melepak. Ikut hati gatal aku nak je ambik gmbar dengan dorang, tp sebab dari azali aku mmg pemalu dan bersopan santun ala2 perempuan melayu terkahir, Mamu & Fiqri je la masuk bergambar & aku minta amal snapkan. heheh
Geng Kain Pelekat |
Later! =)
4 comments:
syabas lah sbb join ye ! hehehe
askm. bagus kalau selalau sertai aktiviti sihat macam ni, kalau nak lari sendiri2 payah sikit biasanya.
Yeahh.. Nadot boleh join ntv7 lak lps ni..
@Kesuma Angsana
Tq tq..bangga ni..hehehe
@Denaihati
Tu la pasal. At least ade la jugak moment yg boleh sy banggekan, dpt kuatkan diri pegi lari, walaupun sekali je. huhu
@aslam
Tanaaakkk…. hoho
Post a Comment