My blog has moved!

You should be automatically redirected in 6 seconds. If not, visit
http://nadot.my
and update your bookmarks.

Pages

Thursday 21 June 2012

Aku join TM Fan Run 2012. Biar betul?!?

Ahad lepas, 17 Jun 2012, adalah hari yg agak bersejarah untuk aku. Aku yang memang dikenali dengan sifat pemalas, berat punggung, morbidly obese, tak suke berjalan langsung, telah menyertai TM Fan Run 2012 untuk acara 3 km berjalan kaki.

'Nadot' dan 'Lari' memang macam langit dengan bumi. Memang takkan boleh co-exist bersama. Tapi atas dorongan kawan2 terchenta yang kaki lari, aku jadi bersemangat sket. Tengok pulak yg semua orang yg habis akan dapat medal & jersi TM, harusla aku yg agak materialistik ni nak join, so aku pun daftar la. Lepas dah daftar, menyesal. Hahahah.

Sebelum berlari
 Ada 2 kategori untuk TM Fan Run ni, 7km & 3km. 7km start lari dalam pukul 8-8.05 am. yang untuk 3km pulak dilepaskan pada 8.15am. Tengah2 lari/jalan berhampiran Padang Merbuk, hujan turun lebat yang teramat. Aku yakin boleh sampai lg awal sebenarnye, tapi sebab luar dan dalam basah lenjun, menjadikan aku lebey obese dari berat yg mmg obese ni, so lambat sket la sampai. Lg pun, jalan licin, pelan-pelan je aku jalan. Hahahaha...
 
Dapat emas wooo... ;p
 Dah sampai, ambik Goody bag, melepak-lepak cam whoring sambil breakfast pisang & karipap yg dapat dlm bag. Walaupun rupa fizikal aku sangat buruk dan menyakitkan mata memandang dlm keadaan basah lenjun, aku x kesah, asalkan kamera tak rosak mase snap gambar aku ;p


Tengok la kawan2 aku yg kurus-kurus cantik2 ni. (konfiden dot..konfiden.. ;p)

Bawah ni gambar geng kain pelekat yg kebetulan lalu masa kitorang melepak. Ikut hati gatal aku nak je ambik gmbar dengan dorang, tp sebab dari azali aku mmg pemalu dan bersopan santun ala2 perempuan melayu terkahir, Mamu & Fiqri je la masuk bergambar & aku minta amal snapkan. heheh
Geng Kain Pelekat
Kalau tanye aku sekarang, nak masuk lagi tak larian ni? Jujur aku jawab, tanak!..hahahah.. Tapi aku berharap di bagikan la aku kekuatan lagi fizikal dan mental untuk join lagi Run2 pd masa akan datang. Sonok sbnrnye. Tp sbb stamina mmg out, jd malas la. huhuhu..

Later! =)

4 comments:

Anonymous said...

syabas lah sbb join ye ! hehehe

Denaihati said...

askm. bagus kalau selalau sertai aktiviti sihat macam ni, kalau nak lari sendiri2 payah sikit biasanya.

Mohd Aslam said...

Yeahh.. Nadot boleh join ntv7 lak lps ni..

Nadot said...

@Kesuma Angsana
Tq tq..bangga ni..hehehe
@Denaihati
Tu la pasal. At least ade la jugak moment yg boleh sy banggekan, dpt kuatkan diri pegi lari, walaupun sekali je. huhu
@aslam
Tanaaakkk…. hoho